MOHD AL-SYAFIQ BIN ROSLAN 236846
NASMIR DANIAL MUSTAKIM BIN NASRUL 236888
MOHD HAILIR BIN MOHAMAD 236859
Suzlee Ibrahim pelukis abstrak Malaysia dan Antarabangsa
Pendahuluan
Suzlee Ibrahim merupakan salah seorang 'pelopor' angkatan baru aliran abstrak ekspresionisme yang paling konsisten di negara ini. Keseluruhan karya yang ditampilkan lebih bersifat art of emotion. Karya-karya kanvas seseorang pelukis ekspresionis merupakan luahan untuk mencari kepuasan atau tindak balas terhadap aspek-aspek tertentu."Karya abstrak ekspresionis mementingkan ekspresi semata-mata, satu fahaman emosi yang kuat. Namun demikian komposisi yang menarik dengan pelbagai elemen juga boleh mempengaruhi emosi pada sesebuah karya yang mementingkan luahan rasa. ''Ia merupakan art of emotion yang membuka tirai kehidupan manusia dan apa yang tersirat dalam sanubari mereka.
Biodata Ringkas Pelukis
Suzlee Ibrahim merupakan antara pelukis muda yang tersohor di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai antara 10 pelukis terbaik dunia. Pelukis yang berasal dari Terengganu ini bertugas sebagai pensyarah dalam bidang seni lukis dan seni arca di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), UiTM Shah Alam. Beliau juga merupakan tenaga pengajar bagi kursus kokurikulum seni arca di UKM. Aktif sejak tahun 1987, gaya seni abstrak menuntut seorang pelukis bijak mengilhamkan perasaan mereka di atas kanvas lukisan tanpa menampakkan imej yang jelas. Bagaimanapun, sekitar tahun 2000, Suzlee seakan-akan kematian idea dalam menggarap karya baharu dan mahu menghasilkan siri yang berbeza tetapi mengekalkan aliran seni abstrak ekspresionis. Tempoh itu membawa kepada pengembaraan selama 40 hari Suzlee di tiga buah negara Eropah iaitu Denmark, Poland dan Jerman.
Dorongan Utama Penglibatan Tokoh Dalam Bidang Seni Lukis
Hasil temu bual penulis dengan En Suzlee Ibrahim, didapati dorongan utama beliau dalam bidang seni lukis ini adalah datangnya dari minat dalam diri sendiri. Bakat dan minat dalam bidang seni lukis telah dipupuk sejak dalam zaman persekolahan lagi. Semasa di sekolah En Suzlee banyak mendapat semangat dan galakkan dari gurunya: yang merupakan graduan seni lukis dari ITM. Guru beliau mempunyai kelulusan dalam bidang seni lukis dan dalam masa yang sama mengikuti kursus Teachers Diploma untuk persiapan menjadi seorang guru. Ini menambahkan lagi minat En Suzlee yang bercita-cita untuk menjadi pelukis dan dalam masa yang sama turut berhasrat menjadikan guru sebagai kerjayanya. Pada mulanya, permohonannya untuk mengikuti kursus seni halus di ITM tidak Berjaya dan dalam masa yang sama hasrat beliau untuk menjadi seorang pelukis dan guru ditentang oleh kedua ibu bapanya. Walaubagaimanapun, beliau tidak berputus asa. Kerana minat yang mendalam dalam bidang tersebut beliau terpaksa mengambil inisiatif bekerja selama dua tahun selepas SPM bagi mengumpul wang perbelanjaan sendiri sebelum Berjaya diterima masuk ke ITM selepas permohonan kedua. Disinilah bermulanya perjalanan tokoh ini sebagai seorang pelukis.
Cabaran Dan Perkembangan Kerjaya Dalam Bidang Seni Halus
Setelah berjaya menamatkan pengajian beliau di ITM, En Suzlee mula memasuki alam pekerjaan. Disinilah bermulanya cabaran beliau dalam industri pekerjaan bagi graduan seni halus. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk beliau bertapak dalam karier yang sesuai dengan bidang pilihannya. Beliau memulakan pekerjaannya dalam syarikat pengiklanan sebagai pelukis ilustrasi dengan gaji yang paling rendah ketika itu. Dalam masa yang sama beliau tetap meneruskan minatnya dalam bidang lukisan dengan menghasilkan pelbagai lukisan dan menyertai pelbagai pertandingan dan juga pameran. Menurut beliau, dengan menyertai pelbagai pertandingan dan pameran ini merupakan satu usaha dan juga carauntuk mencipta nama dari bawah. Dari sinilah secara berperingkat khalayak mula mengenali nama Suzlee Ibrahim sedikit demi sedikit. Dari segi perkembangan karier beliau di syarikat pengiklanan itu, Suzlee telah dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi dengan pendapatan yang juga memuaskan sebagai Visual and Art Director. Dengan memegang jawatan ini, beliau bakat dan kreativiti beliau lebih terserlah dimana Suzlee bertanggungjawab dalam menentukan konsep terhadap satu-satu penghasilan produk di syarikat pengiklanan tersebut. Antara cabaran getir yang dihadapi oleh En Suzlee dalam menampilkan hasil karyanya adalah untuk memasarkan lukisan-lukisannya. Beliau menghadapi kesukaran dimana apabila menghasilkan satu-satu lukisan kadangkala ianya tidak terjual satu pun dalam masa setahun. Situasi ini merupakan suatu cabaran yang hebat bagi beliau dalam menempa nama sebagai seorang pelukis yang diiktiraf dan dikenali.
Bidang Seni Lukis Dan Kaitannya Dengan Perniagaan
Menurut beliau untuk mengangkat bidang seni lukis ini secara lebih komersial dan dihargai oleh masyarakat, setiap pelukis harus memikirkan bagaimana menghasilkan karya-karya seni lukis untuk di pasarkan. Dalam hal ini, En Suzlee berpendapat setiap pelukis perlu memikirkan aspek-aspek komersial dan perniagaan dalam penghasilan kerja seni mereka. Penulis sempat berkongsi pengalaman dengan tokoh ini bagaimana beliau sangat komited dan disiplin dalam membelanjakan wang gajinya untuk keperluan kerja seni lukisnya. Beliau sangat focus dengan memperuntukkan 25 peratus daripada wang gajinya untuk membeli peralatan seni lukisnya. Ini menjadi kemestian bagi beliau sejak awal pembabitannya sebagai pelukis sehingga kini. tambah beliau lagi setiap kali satu-satu lukisan terjual setiap pelukis perlu menguruskan hasil pendapatannya secara efisyen dan berhemah. Suzlee turut menceritakan bagaimana beliau telah menggunakan wang untuk lukisan pertamanya yang terjual sebagai pelaburan modal bagi hasil karya yang seterusnya. Jelas sekali disini, dapat dilihat bagaimana tokoh seni ini telah mula memikirkan aspek pengurusan, perniagaan dan komersial dalam memasarkan hasil karya beliau yang tersendiri sekaligus membina nama sebagai pedagang seni lukis. Ini adalah satu langkah yang sangat bijak bagi En Suzlee membina empayarnya sendiri sebagai tokoh seni halus yang berwibawa.
Kesimpulan
Berdasarkan hasil temu bual penulis dengan En Suzlee Ibrahim yang merupakan pelukis yang telah mencipta nama di Malaysia dan di peringkat antara bangsa, jelas sekali bahawa bidang seni lukis merupakan satu prospek yang sangat luas dari segi kerjaya dalam industri seni kreatif. Jika dilihat dalam konteks keusahawanan, cabang seni lukis ini ternyata mampu memberi pulangan yang lumayan kepada setiap individu yang terlibat. Bakat, kreativiti, kesungguhan, berani untuk gagal dan sikap sentiasa ingin mencuba merupakan cirri-ciri yang terpenting bagi setiap individu yang terlibat dalam industri kreatif ini supaya lebih maju dan berdaya saing. Sesungguhnya kerjaya sebagai pelukis ini tidak akan sukses sekiranya bergantung kepada bakat dan kreativiti semata-mata, tetapi ianya memerlukan setiap individu dalam bidang ini memikirkan satu lagi aspek yang terpenting iaitu keusahawanan. Isu-isu seperti aspek pengurusan, peningkatan diri dalam bidang perniagaan seni (dengan mengikuti pelbagai kursus keusahawanan), teknik-teknik pemasaran hasil seni, promosi dan networking sangatlah penting untuk dipraktikkan oleh setiap mereka yang terlibat dalam indutri kreatif khususnya bidang seni lukis.
No comments:
Post a Comment